Tuesday, December 11, 2012

Saringan ketat haji

Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat saringan dan memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka yang menunggu kini mencecah sejuta orang.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Saringanketathaji/Article/artikel
Published: December 11, 2012

pix_gal0


  • Senarai menunggu cecah sejuta orang
  • Lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas
  • Kuota negara cuma 28,000 bagi setiap musim haji


  • Serentak itu, umat Islam yang pernah mengerjakan haji diminta memberi laluan kepada mereka dalam senarai menunggu, termasuk lebih 14,000 pencarum berdaftar berusia 75 tahun ke atas.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata TH akan memberi keutamaan kepada mereka yang kali pertama ingin menunaikan Rukun Islam kelima itu, berikutan kuota negara hanya 28,000 bagi setiap musim.

    Tempoh lima tahun Antara syarat ditetapkan, individu yang sudah menunaikan ibadat tidak dibenarkan mendaftar semula dalam tempoh lima tahun bermula dari tarikh menunaikan haji.

    “Bagaimanapun, mereka yang mendaftar awal dalam sistem turutan (automatik berdasarkan tarikh pendaftaran haji) akan diutamakan.

    Warga tua 75 tahun diutamakan“Selain itu, warga tua berusia 75 tahun ke atas akan diberi keutamaan menunaikan haji namun jika mereka pernah menunaikannya, kuota terbabit akan diberikan kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau sebelum itu berucap pada Program Multaqa Guru Takmir, Guru Kelas Fardu Ain dan Kifayah (KAFA) dan Imam peringkat negeri di Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS), di sini.

    7.9 juta pendeposit TH
    Program itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha serta Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz.

    Jamil Khir berkata, TH akan mempertimbangkan untuk memberi kuota mahram kepada keluarga atau saudara terdekat kepada bakal jemaah lanjut usia dan orang kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji.

    “Sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak,” katanya. Jamil Khir berkata, ketika ini terdapat 7.9 juta pendeposit TH dengan dana terkumpul RM34.9 bilion.

    Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan akan melakukan penstrukturan semula mahkamah syariah dengan mewujudkan lima peringkat pengendalian kes, berbanding tiga peringkat ketika ini.

    Katanya, penambahbaikan itu bertujuan mempercepatkan penyelesaian kes mahkamah tertangguh dan memperhalusi lagi undang-undang untuk tujuan penguatkuasaan.

    “Mahkamah Syariah akan mempunyai lima peringkat dari Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Menengah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah,” katanya.

    No comments:

    Post a Comment