Thursday, December 6, 2012

Bank Pembangunan Lantik Dr Wan Abdul Aziz Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Disember.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=714566
Published: December 06, 2012

Abdul Aziz juga dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif bank itu, yang berkuat kuasa pada tarikh yang sama, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Beliau sekarang adalah Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, Bintulu Port Holdings Bhd dan Pembinaan BLT Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan ahli lembaga Permodalan Nasional Bhd, Felda Global Ventures Holdings Bhd, Johor Petroleum Development Corporation Bhd, Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah, Kumpulan Bank Pembangunan Islam (Jeddah) dan Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam (Jeddah).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment