Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SimpananSGSPdiunjurnaik50_/Article/index_html
Published: December 18, 2012
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata, sehingga November lalu, jumlah simpanan BSN mencecah RM86 juta.
“Pada tahun ini lebih 3,800 sekolah dengan kira-kira 400,000 murid menyertai pertandingan SGSP,” katanya ketika ditemui, semalam.. pada majlis penganugerahan wang tunai kepada pemenang SGSP, di Putrajaya, semalam.
Katanya, ia adalah angka yang amat baik kerana mempamerkan sikap bersaing secara sihat menerusi amalan menabung yang dapat memberi manfaat kepada anak-anak.
Tahun ini, pertandingan SGSP peringkat kebangsaan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM180,000 atau bersamaan 70 hadiah yang dibahagikan dalam dua kategori utama iaitu individu dan sekolah.
Adinan berkata, BSN turut menyasarkan pertambahan 50 peratus pembabitan pelajar dalam SGSP pada 2013.
No comments:
Post a Comment