Wednesday, April 25, 2012

Bank Pembangunan untung

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Published: 24 April 2012
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes.@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 April - Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (Bank Pembangunan) merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23 peratus kepada RM618 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Manakala, keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 20 peratus berbanding 2010 kepada RM462 juta.
Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zafer Hashim berkata, Bank Pembangunan akan terus meneraju pembangunan negara dengan kesan tinggi telah dikenalpasti di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
"Minyak dan gas yang merupakan sebahagian daripada sektor sasaran di bawah maritim akan diberi penekanan sejajar dengan fokus khas kerajaan menjadikan bidang itu penting bagi pertumbuhan negara.
"Pelaksanaan pelbagai projek di bawah NKEA akan menawarkan peluang luas untuk diterokai Bank Pembangunan dan terus memenuhi mandat yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Zafer, dengan prestasi Bank Pembangunan yang memberangsangkan pada 2011 serta komitmen pemegang saham dividen akhir sebanyak 3.25 peratus bersamaan RM100 juta akan dicadangkan pada mesyuarat agung tahunan akan datang.
"Kadar dividen itu mengekalkan jumlah yang dibayar oleh Bank Pembangunan pada dua tahun sebelumnya iaitu pada 2009 dan 2010," jelasnya.
Setakat ini, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman berjumlah RM1.7 bilion yang disalurkan kepada sektor infrastruktur, maritim dan teknologi.

No comments:

Post a Comment