Thursday, April 19, 2012

Exim Bank sasar RM180j dari Arab Saudi

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

Published: 19 April 2012

KUALA LUMPUR 18 April - Export-Import Bank of Malaysia Bhd. (Exim Bank) menyasarkan sumbangan sebanyak RM180 juta kepada bank itu dari Arab Saudi dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adissadikin Ali berkata, sasaran tersebut dibuat melalui potensi negara itu dalam menyediakan peluang projek pembangunan terutama dalam infrastruktur kepada syarikat-syarikat tempatan.
''Arab Saudi merupakan negara yang sedang berkembang dengan pesat yang menawarkan peluang projek pembangunan bernilai beberapa bilion dolar dan syarikat tempatan turut membida projek bernilai lebih AS$1 bilion (RM3 bilion).
''Pada masa ini sumbangan dari negara itu kepada Exim Bank adalah sebanyak RM60 juta dan ia dijangka tumbuh tiga kali ganda dalam tempoh dua tahun akan datang,'' katanya.

No comments:

Post a Comment