Sunday, April 22, 2012

Tiada monopoli eksport sarang burung walet - Agrobank

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadamonopolieksportsarangburungwalet/Article/index_html

Published: 21 April 2012

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan aktiviti mengeksport sarang burung walet ke China tidak dimonopoli syarikat tertentu, malah dalam draf protokol eksport yang sedang diperincikan ada beberapa syarikat pengeksport dilantik untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau berharap semua pihak tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri mengenai perkara berkenaan kerana pihaknya sedang berusaha memulihkan eksport komoditi itu.

Menurutnya, spekulasi dan andaian seumpama itu tidak akan membantu pihak kerajaan menyelesaikan masalah dihadapi. “Kami mesti faham tujuan iaitu menyelesaikan masalah akses pasaran. Pembeli utama kita adalah China, jadi kami kena memenuhi kehendak pasaran negara itu. Pada masa sama kami berbincang mengenai draf protokol eksport, jadi diharap sepanjang tempoh ini tidak perlu timbulkan sebarang spekulasi atau membuat sebarang andaian.
“Malah, kami juga percaya China bertindak adil dan mereka mesti tidak mahu hanya satu syarikat yang mengendalikan eksport kerana mereka juga ingin mempunyai beberapa pilihan daripada syarikat lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi dari Biro Hal Ehwal Luar Zhanjiang, Guangdong, China di kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Che Mohd Hashim Abdullah.

Delegasi 10 individu itu diketuai Timbalan Datuk Bandar Zhanjiang, Chen Anbing.

Chua berkata, ketika ini protokol eksport belum dimuktamadkan lagi memandangkan ada beberapa perkara masih dibincangkan termasuk penetapan piawaian sarang burung yang akan dieksport.

No comments:

Post a Comment