Wednesday, April 18, 2012

Penjualan THIP selesai tiga bulan


ABI Musa Asa'ari Mohamed Nor (kiri) menunjukkan laman web
bagi e-aduan rasuah kepada Abu Kassim Mohamed(tengah)
sambil diperhatikan oleh Ismee Ismail pada majlis pelancaran
Ikrar Integriti Korporat Lembaga Tabung Haji di Kuala Lumpur,
semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Proses melupuskan 95 peratus kepentingan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam PT TH Indo Plantations (THIP) dijangka selesai sepenuhnya pada Julai atau Ogos depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, tawaran yang dikemukakan oleh THIP bernilai AS$910 juta (RM2.73 bilion) itu telah diterima pihaknya.

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm
Published: 14 April 2012

"THIP diberi masa tiga bulan untuk menyelesaikannya dan ia dijangka dimuktamadkan pada Julai atau Ogos depan," katanya selepas majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Ismee berkata, walaupun melupuskan aset perladangan kelapa sawit tersebut, TH tetap mengekalkan sektor tersebut sebagai perniagaan teras .

Beliau berkata, selain itu, TH turut memberi tumpuan kepada sektor hartanah di luar negara bagi mempelbagaikan pelaburan.

"Kami telah mengintai pelaburan hartanah di United Kingdom sejak tiga tahun lalu untuk mencari yang sesuai dengan syarat utama iaitu patuh syariah.

"Tahun ini dijangka akan berlaku transaksi pelaburan bernilai antara 150 juta hingga 200 juta pound (RM723.6 juta hingga RM976.7 juta) dari jenis komersial," jelasnya.

No comments:

Post a Comment