Friday, April 13, 2012

5,000 ejen dalam 3 tahun

PERBANKAN Tanpa Cawangan (PTC) yang diperkenalkan Bank Simpanan Nasional (BSN) dijangka mampu menjana sehingga sejuta transaksi perbankan bernilai kira-kira RM100 juta menjelang akhir tahun ini berbanding 170,000 transaksi yang dicatatkan sehingga 31 Mac lalu.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/5_000ejendalam3tahun/Article/index_html
Published: 2012/04/03

MUDAH...sebuah kedai runcit di Sabak Bernam, Selangor yang menawarkan perkhidmatan PTC BSN.
MUDAH...sebuah kedai runcit di Sabak
Bernam, Selangor yang menawarkan
perkhidmatan PTC BSN.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Perniagaan Komunitinya, Azaddin Ngah Tasir berkata setakat ini sebanyak RM14 juta dicatatkan menerusi 170,000 transaksi sejak konsep PTC diperkenalkan pada Januari lalu.

Beliau berkata, PTC ialah saluran baru untuk pelanggan mengakses perkhidmatan kewangan BSN dan dilihat semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila lebih 70 peratus daripadanya adalah transaksi pembayaran bil.
“Sumbangan paling besar datang daripada transaksi pembayaran bil, diikuti pengeluaran wang serta perkhidmatan deposit dan ketika ini, BSN sudah pun mempunyai 1,014 ejen yang diberi kuasa untuk menawarkan kemudahan kepada pelanggan terutama di kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bank,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, BSN menyasarkan untuk mempunyai 5,000 ejen dalam tempoh tiga tahun ini dan menambah perkhidmatan disediakan di PTC ini selain simpanan, pengeluaran, pembayaran bil, pembelian simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP) dan pembelian tanpa tunai.

Azaddin berkata, paling penting pelanggan tidak dikenakan sebarang caj semasa membuat transaksi ditawarkan dan mereka juga dapat menjimatkan kos kerana ejen beroperasi di kedai berdekatan dengan kediaman pelanggan selain waktu operasi lebih fleksibel iaitu dari jam 8 pagi hingga 10 malam.


No comments:

Post a Comment