Friday, April 13, 2012

TH kaji ambil alih anak syarikat di Indonesia

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

03/04/2012

KUALA LUMPUR 2 April - Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneliti secara serius mengenai tawaran yang diterima daripada PT TH Indo Plantations (THIP) untuk mengambilalih 95 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, secara dasarnya TH bersetuju dan percaya tawaran tersebut mampu memberi peluang peningkatan nilai pelaburan dalam syarikat tersebut.
''Berbanding dengan nilai kos pelaburan awal, tawaran yang diterima dapat memberikan pulangan pelaburan yang menarik,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
THIP merupakan anak syarikat TH yang memiliki dan mengusahakan 83,879 hektar ladang kelapa sawit di Riau Indonesia sejak 1997.
Ismee berkata, TH bercadang untuk menggunakan hasil jualan bagi dilaburkan semula dalam aset-aset perladangan yang mempunyai prospek jangka masa panjang yang baik.

No comments:

Post a Comment