Friday, April 13, 2012

Bank Rakyat: Pengganti Kamaruzaman dikenal pasti

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

Published: 13 April 2012

KUALA LUMPUR 12 April - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dijangka mempunyai Pengarah Urusan yang baharu menggantikan Datuk Kamaruzaman Che Mat yang tamat perkhidmatannya baru-baru ini.
Menurut sumber, calon berkenaan akan dilantik menerajui bank koperasi itu tidak lama lagi selepas mendapat pengesahan daripada Bank Negara Malaysia.
"Jawatan itu hampir pasti akan diganti oleh calon baharu. Sudah ada calon, antaranya pegawai kanan Bank Rakyat dan seorang tokoh korporat dari luar bank itu," kata sumber itu.
Kamaruzaman, 58, bercuti sejak 29 Februari lalu dan telah menjawat jawatan Pengarah Urusan bank itu sejak 2006.
Beliau merupakan Pengurus Besar, Kewangan dan Pelaburan serta Setiausaha Bank sebelum dilantik menjawat jawatan itu.
Seorang penganalisis ekonomi berkata, Bank Rakyat perlu memilih calon paling sesuai untuk meneraju bank itu bagi menentukan hala tujunya yang terus cemerlang di masa depan.

No comments:

Post a Comment