Wednesday, April 25, 2012

BPMB untung RM618j

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BPMBuntungRM618j/Article/index_html

Published: 21 April 2012

BANK Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23 peratus kepada RM618 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zafer Hashim dalam satu kenyataan berkata, kumpulan juga mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM462 juta meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pendapatan faedah bersih meningkat kepada RM664 juta berbanding tahun 2010 berikutan pendapatan lebih tinggi yang diterima daripada segmen pinjaman,” katanya. Menurutnya, segmen pinjaman menerima sumbangan terbesar daripada projek infrastruktur bernilai RM2.9 bilion dengan RM2.2 bilion adalah bagi projek kerajaan.
“Baki RM306.2 juta adalah bayaran berperingkat daripada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi sektor pendidikan termasuk pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Menurutnya, di peringkat kumpulan, keuntungan sebelum cukai meningkat 12.8 peratus kepada RM619 juta.

Anak syarikat BPMB, Global Maritime Ventures Berhad mencatatkan perolehan lebih rendah iaitu RM102 juta berikutan kemelesetan dalam industri perkapalan.

Kumpulan cabang pinjamannya, Pembangunan Leasing Corporation (PLC) juga mencatatkan pinjaman dan pembiayaan lebih tinggi iaitu sekitar 6.6 peratus kepada RM4.4 bilion.

Setakat ini, jumlah pinjaman diluluskan sebanyak RM1.7 bilion disalurkan ke beberapa sektor antaranya infrastruktur, maritim dan teknologi.
Menurutnya, untuk tahun ini, pihaknya akan memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas yang terletak di bawah segmen maritim yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment