Published: 19 April 2012
19 April 2012
Export-Import Bank Malaysia (Exim Bank) menjalankan kerjasama strategik
bersama Al-Rajhi Bank untuk menyediakan kemudahan, keselamatan dan
perkhidmatan kewangan lain di semua cawangan Al-Rajhi Bank.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adissadikin Ali
berkata, kerjasama itu akan dimanfaatkan boleh kedua-dua pihak dalam
membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan
ke luar negara terutama Timur Tengah.
“Kerjasama ini juga adalah salah satu strategik untuk kami melebarkan
rangkaian ke Arab Saudi menerusi Al-Rajhi dan peniaga tempatan, sekali
gus menjadi penyelesaian kemudahan pemindahan sempadan dan urus niaga
Arab Saudi dan Malaysia.
“Kami komited mengisi mandat itu dengan menyediakan kemudahan kewangan
dan kemudahan kredit insurans kepada syarikat tempatan,” katanya selepas
sidang media pengumuman kerjasama itu Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, kehadiran Al-Rajhi di Arab Saudi, Kuwait dan Jordan menguatkan lagi jaringan kerjasama itu.
Exim bank dikorporatkan pada 1995 adalah bank milik penuh kerajaan
Malaysia yang berperanan meningkatkan persaingan industri tempatan untuk
import dan eksport.
Menurutnya, dengan menjadi perbankan Islamik terbesar di Arab Saudi,
Al-Rajhi Bank mampu membantu dan membawa Exim bank bersama usahawan
memasuki pasaran Timur Tengah dengan mudah. Sebelum ini Exim Bank
terlibat secara langsung sebagai penyalur dana kepada beberapa syarikat
tempatan di Arab Saudi dalam industri pembinaan dan perhotelan.
No comments:
Post a Comment