Thursday, September 13, 2012

PBSN tawar 800 juta unit dana Al-Ifrah

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PBSNtawar800jutaunitdanaAl-Ifrah/Article/index_html

Published: September 13, 2012

PERMODALAN BSN Berhad (PBSN), syarikat pengurusan dana milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan produk pelaburan terbaru, BSN Dana Dividen Al-Ifrah dengan menawarkan 800 juta unit dana yang diluluskan pada har ga tawaran RM0.25 seunit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Izam Idrus berkata, pihaknya menyasarkan dalam tempoh tiga tahun lagi semua unit dana Al-Ifrah dilanggan dengan saiz dana dianggarkan RM200 juta.

Beliau berkata, dana amanah Al-Ifrah itu juga sesuai untuk pelabur yang inginkan pendapatan konsisten daripada tempoh pelaburan iaitu jangka masa sederhana ke jangka masa panjang melalui pelaburan dalam ekuiti patuh syariah dan mempunyai toleransi risiko sederhana ke peringkat tinggi.

“Objektif utama pelaburan dana ini ialah untuk memberikan pendapatan konsisten, sekali gus memberi pulangan dividen menarik di mana dana akan dilabur dalam ekuiti patuh syariah yang mempunyai rekod membayar purata tahunan dividen kasar iaitu sekurang-kurangnya pada penanda aras tiga peratus.

“Manakala daripada segi pemberi dividen pula kami yakin dapat memberi pulangan lebih tinggi daripada tiga peratus kepada pelabur dengan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun,” katanya selepas majlis pelancaran BSN Dana Dividen Al-Ifrah di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusinya, Datuk Azizan Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Kamarul Izam berkata, Al-Ifrah diperkenalkan tepat pada masanya terutama dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu sekarang di mana PBSN percaya menerusi stok dividen dapat menjana pulangan modal bagi tempoh jangka panjang dan setakat ini PBSN mempunyai pengurusan aset sebanyak RM150 juta.

No comments:

Post a Comment