Thursday, September 13, 2012

TH Plantations Terbit Program Sukuk Murabahah Hingga RM1.5 Bln

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=694511

Published: September 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- TH Plantations Bhd bercadang untuk menerbitkan program sukuk murabahah bernilai hingga RM1.5 bilion dengan tempoh matang selama hingga 15 tahun.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini Selasa, syarikat itu berkata pendapatan daripada program itu akan digunakan untuk membayar sepenuhnya kemudahan pembiayaan Islam murabahah komoditinya.

Pendapatan itu juga akan digunakan untuk membiayai sebarang tujuan korporat yang lain dalam syarikat itu dan unit-unitnya, katanya.

TH Plantation, yang mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti bagi penerbitan itu dua hari lalu, telah melantik Hong Leong Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd sebagai penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama bagi program sukuk itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment