Tuesday, September 11, 2012

BSN Unjur Pendapatan Bersih RM1.3 Bln Tahun Ini

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=693578

Published: September 11, 2012

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan pendapatan bersihnya akan mencecah RM1.3 bilion menjelang akhir tahun ini daripada RM1.032 bilion pada 2011, dipacu terutamanya oleh pendapatan pinjaman yang lebih tinggi dan penggunaan yang baik bank komuniti menerusi pelbagai inisiatif kerajaan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) Winston E. Jeyaprakash berkata tahun ini, BSN menjangkakan sumbangan yang lebih baik daripada pendapatan bukan faedah dengan infrastruktur bank yang dipertingkatkan untuk pengurusan kekayaan dan kiriman wang.

Beliau berkata 2012 dijangka menjadi tahun yang lebih memberangsangkan untuk BSN kerana ia merancang untuk versi-versi tambah baik produk sedia ada serta perkhidmatan perbankan dalam talian yang lebih baik dan cekap.

"Kami sedang menaik taraf saluran-saluran infrastruktur dan perbankan seperti perbankan internet. Kami mahu membawanya ke tahap yang paling tercanggih.

"Kami juga mahu menambah asas ejen kami untuk perbankan melangkaui perkhidmatan cawangan (3B) kepada 3,000 ejen menjelang akhir tahun ini daripada 2,016 ejen yang telah melakukan 1.3 juta transaksi bernilai RM130 juta setakat 31 Ogos, 2012, kata Winston kepada pemberita di luar majlis rumah terbuka Hari Raya BSN di sini Isnin.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment