Sunday, September 2, 2012

Belanja Dan Derma Inisiatif BSN Kumpul Dana Untuk Pihak Memerlukan

GEORGE TOWN, 1 Sept (Bernama) -- Kempen belanja dan derma kad kredit Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bermula hari ini hingga 15 Okt depan memberi peluang kepada pemegang kad kredit BSN menderma sambil berbelanja serta menikmati mata ganjaran tambahan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=691268
Published: September 02, 2012

Naib Presiden Kanan Jabatan Kewangan BSN Frederick Siew berkata kempen itu juga adalah selaras dengan inisiatif bank untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

"Kempen ini juga satu platform yang baik bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat, selain ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bank," katanya selepas majlis pelancaran kempen belanja dan derma kad kredit BSN sempena forum larian maraton malam BSN Putrajaya, di sini Sabtu.

Siew berkata setiap pemegang kad kredit BSN hanya perlu berbelanja di beberapa premis terpilih seperti kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka, untuk turut serta memberi sumbangan derma kepada Women's Aid Organization dan Persatuan Glaukoma Malaysia.

"Bagi setiap satu daripada enam mata yang diperoleh apabila berbelanja, akan disalurkan kepada Women's Aid Organization dan Persatuan Glaukoma Malaysia," katanya.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment