ALOR GAJAH, 18 Sept (Bernama) -- SME Bank yang mahu melahirkan lebih
ramai usahawan, menganjur Program Inovasi Usahawan Muda 2012 - SME Bank
Y-Biz Challenge, program khas bagi mempromosi bidang keusahawanan dalam
kalangan pelajar sekolah menengah.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=695456
Published: September 18, 2012
Pengarah Urusannya Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata program yang
bertujuan memupuk dan membimbing usahawan masa depan menggunakan kaedah
pertandingan itu, bermula Selasa sehingga Khamis.
Beliau berkata program tanggungjawab korporat bank yang dijayakan buat
julung kali itu menyaksikan 16 sekolah layak memasuki peringkat akhir.
"Kami menganjurkan Program Inovasi Usahawan ini yang akan dilaksanakan
setiap tahun selepas ini sebagai satu mandat SME Bank untuk membangunkan
lebih ramai usahawan di Malaysia, terutama daripada golongan generasi
muda dan graduan universiti.
"Secara tidak langsung, kami berhasrat menjadikan keusahawanan sebagai
satu kerja pilihan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian
program itu di sini Selasa.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment