Sunday, September 30, 2012

Sasar laksana perbankan Islam sepenuhnya 2015

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SasarlaksanaperbankanIslamsepenuhnya2015/Article/index_html

Published: September 30, 2012

AGROBANK menyasar untuk melaksanakan sepenuhnya perbankan Islam menjelang 2015 berikutan pelancaran program transformasi bagi meningkat dan menggalakkan keupayaannya sebagai ejen pembangunan menjayakan sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, berikutan itu, semua produk Agrobank pada 2015 akan menggunakan prinsip syariah sepenuhnya.

Beliau berkata, antara transformasi itu ialah meningkatkan kecekapan penyampaian melalui penubuhan pusat perniagaan, penambahbaikan proses kerja, penjenamaan semula produk, memperkenalkan produk baru dan perkhidmatan baru.

“Perubahan ini dilaksanakan selepas bank membuat penilaian teliti hasil maklum balas pelanggan, perubahan pasaran, dasar kerajaan dan keperluan semasa kerajaan,” katanya pada majlis perasmian Agrobank cawangan Langkawi dan penyerahan zakat Agrobank oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Pertanian, Datuk Mohd Johari Baharom di Langkawi, kelmarin. - Bernama

No comments:

Post a Comment