Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=692472
Published: September 06, 2012
KUCHING, 6 Sep (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank
Rakyat) Cawangan Kuching mencatatkan pengagihan luar biasa pinjaman pada
Julai lepas berikutan pengenalan produk pinjaman pembiayaan peribadi,
i-Aslah.
Pengurus cawangannya, Azman Abdul Aziz pada Khamis berkata pinjaman
yang dikeluarkan oleh cawangan itu melonjak kepada RM94 juta berbanding
purata pengeluaran pinjaman bulanan sebanyak RM40 juta.
"Sejak dilancarkan, kita telah berjaya menarik ramai pelanggan baharu
yang tertarik dengan pinjaman i-Aslah yang menawarkan kadar keuntungan
bank yang rendah dan pinjaman sehingga RM200,000," katanya kepada
pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bank itu di
sini.
Menurutnya ketiadaan syarat yang ketat adalah antara faktor tarikan
produk pinjaman ini yang turut ditawarkan untuk golongan yang
berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Masalah pinjaman tidak berbayar juga tidak timbul memandangkan
pembayaran balik dapat dibuat menerusi kemudahan potongan biro angkasa
dan potongan gaji bulanan, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment