Tuesday, September 11, 2012

Khidmat bank tanpa cawangan BSN dapat sambutan

PERKHIDMATAN perbankan tanpa cawangan yang diperkenalkan Bank Simpanan Nasional (BSN), menerima sambutan meggalakkan apabila mencatat transaksi 1.3 juta bernilai RM113 juta.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KhidmatbanktanpacawanganBSNdapatsambutan/Article/index_html
Published: September 11, 2012

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcitnya, Winston E Jeyaprakash berkata, pihaknya yakin perkhidmatan itu akan terus berkembang disokong pelantikan sekurang-kurangnya 3,000 ejen di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

“Kami diberi mandat untuk menyediakan 5,000 ejen di seluruh negara dalam tempoh lima tahun. Kami yakin tiada masalah untuk memenuhi syarat itu memandangkan setakat ini kami sudah pun melantik 2,016 ejen dan menjangkakan angka ini bertambah kepada 3,000 akhir tahun ini.

“Kami ingin memperbanyakan jumlah ejen di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan yang tidak mempunyai capaian bank dalam radius 20 hingga 30 kilometer kerana kurang infrastruktur asas contohnya jalan raya,” katanya pada majlis rumah terbuka BSN 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment