Monday, September 10, 2012

BSN unjur pendapatan bersih RM 1.3 billion tahun ini

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bsn-unjur-pendapatan-bersih-rm-1-3-billion-tahun-ini-1.83770

Published: September 11, 2012

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan pendapatan bersihnya akan mencecah RM1.3 bilion menjelang akhir tahun ini daripada RM1.032 bilion pada 2011, dipacu terutamanya oleh pendapatan pinjaman yang lebih tinggi dan penggunaan yang baik bank komuniti menerusi pelbagai inisiatif kerajaan.
  
Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) Winston E. Jeyaprakash berkata tahun ini, BSN menjangkakan sumbangan yang lebih baik daripada pendapatan bukan faedah dengan infrastruktur bank yang dipertingkatkan untuk pengurusan kekayaan dan kiriman wang.
  
Beliau berkata 2012 dijangka menjadi tahun yang lebih memberangsangkan untuk BSN kerana ia merancang untuk versi-versi tambah baik produk sedia ada serta perkhidmatan perbankan dalam talian yang lebih baik dan cekap.
  
"Kami sedang menaik taraf saluran-saluran infrastruktur dan perbankan seperti perbankan internet. Kami mahu membawanya ke tahap yang paling tercanggih.
  
"Kami juga mahu menambah asas ejen kami untuk perbankan melangkaui perkhidmatan cawangan (3B) kepada 3,000 ejen menjelang akhir tahun ini daripada 2,016 ejen yang telah melakukan 1.3 juta transaksi bernilai RM130 juta setakat 31 Ogos, 2012, kata Winston kepada pemberita di luar majlis rumah terbuka Hari Raya BSN di sini hari ini.
  
3B BSN ialah konsep perbankan tanpa cawangan, menawarkan akses pembiayaan kepada pengguna, terutamanya di kawasan-kawasan tanpa bank, dan membolehkan pengguna membuat transaksi perbankan yang dikendalikan oleh ejen-ejen sah di cawangan runcit.
  
Kerajaan, dalam Bajet 2012, telah memberi mandat kepada institusi perbankan untuk mewujudkan 5,000 ejen dalam tempoh lima tahun ini.
  
Winston berkata ejen-ejen 3B telah melengkapkan cawangan sedia ada dengan teramat baik dan diterima di kawasan-kawasan luar bandar.
  
"Selain daripada pengembangan rancak di Semenanjung Malaysia, kami menyaksikan pasaran yang besar di Sabah dan Sarawak, yang belum lagi ditembusi," kata beliau.
  
Ditanya mengenai senarai harapan BSN pada Bajet 2013 yang akan datang, Winston berkata bank menjangka memainkan peranannya dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kerajaan menerusi bank komuniti.
  
"Kami ingin menjadi sebahagian daripada belanjawan kerajaan. Kami mahu beberapa inisiatif kerajaan seperti bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia disalurkan menerusi kami," kata beliau.
  
Sebelum ini, BSN telah diberi mandat melaksanakan skim bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) dan skim baucar Buku 1 Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment