Thursday, May 9, 2013

Bank Rakyat Serah Zakat Perniagaan RM2.02 Juta Kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,023,631.00 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=948264
Published: May 09, 2013

Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat Datuk Mangsor Saad menyampaikan zakat itu kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, di sini.

Menurut kenyataan Bank Rakyat peruntukan zakat perniagaan bagi tahun 2012 ialah RM41 juta iaitu hasil daripada jumlah keuntungannya sebanyak RM2.11 bilion.

"Jumlah zakat yang dikeluarkan hari ini meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding jumlah yang dikeluarkan Bank Rakyat bagi tahun 2011," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bayaran zakat dibuat berdasarkan operasi perniagaan 14 cawangan Bank Rakyat di Sarawak iaitu Kuching (Satok), Simpang Tiga, Sibu, Miri, Bintulu, Sri Aman, Sarikei, Kota Samarahan, Mukah, Matang Jaya, Limbang, Kota Padawan, Kapit dan Permy Jaya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment