Thursday, May 23, 2013

Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kerjasama yang terjalin antara Export-Import Bank of Malaysia Bhd. (Exim Bank) dengan penggiat industri di negara ini diyakini mampu membantu bank itu mencapai sasarannya menyalur pinjaman sebanyak RM5 bilion pada tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130523/ek_04/Exim-Bank-kerjasama-dengan-CIDB-MDeC
Published: May 23, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130522/ek_13/Excim-Bank-bantu-syarikat-tempatan-teroka-pasaran-luar
Published: May 23, 2013

Kerjasama terbaharu dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Multimedia Development Corp. Bhd. (MDeC) bertujuan melebarkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Datuk Adissadikin Ali berkata, kerjasama itu akan menawarkan perniagaan Malaysia peluang ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan perkhidmatan pembiayaan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan industri pembinaan dan ICT.

"Kami menjangka 30 peratus daripada pemberian pinjaman keseluruhan sebanyak RM5 bilion untuk diagihkan kepada industri pembinaan," katanya.

Beliau berkata semasa sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama rangka kerja di antara tiga entiti tersebut di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim.

Adissadikin berkata, secara purata kurang 1.5 peratus daripada pinjaman keseluruhan diagihkan kepada syarikat ICT, justeru pada tahun ini agensi akan meningkatkan peratusan kepada industri tersebut.

"Tahun lepas, pengagihan pinjaman keseluruhan bank ialah RM3.1 bilion berbanding RM1.2 bilion pada 2011," katanya.

Sementara itu, Badlisham berkata, MDeC menyasarkan perolehan eksport lebih RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun dari syarikat berstatus MSC.

"Sasaran dibuat berbanding dengan RM1.5 bilion pada tahun lalu," katanya.

No comments:

Post a Comment