Friday, May 31, 2013

BSN lantik 5,000 ejen akhir tahun

Bank Simpanan Nasional (BSN) bercadang untuk menambah bilangan ejen bank berdaftarnya berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan khususnya di kawasan luar bandar. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BSNlantik5_000ejenakhirtahun/Article
Published: May 31, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BSNyakincapai5_000ejenPTCtahunini/Article/index_html
Published: May 31, 2013

Ia menyasarkan mewujudkan lebih 5,000 ejen BSN berdaftar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini dari 4,050 ketika ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning, berkata BSN yakin melepasi sasaran terbabit memandangkan ia hanya perlu melantik ejen yang layak mengisi kekosongan di kawasan yang akan ditetapkan.

Bantu rakyat

Kami komited untuk membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar mengakses perkhidmatan perbankan tanpa perlu ke cawangan bank, katanya selepas pelancaran Mesyuarat Kumpulan Serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) Ke-19 di Cyberjaya, semalam.

Ia disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Turut hadir ialah Pengarah Urusan WSBI, Chris De Noose dan Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Dalam Bajet 2010, kerajaan menetapkan agar BSN dapat mewujudkan 5,000 ejen bank berdaftar menjelang 2015.

Bagi mempelbagaikan produk yang ditawarkan Perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB), Adinan berkata, BSN akan memperkenalkan perkhidmatan baru Julai ini.

Saya memberi jaminan perkhidmatan baru yang akan dilancarkan itu akan memberi manfaat kepada rakyat, katanya.

Perkhidmatan EBB BSN yang dilancarkan Januari tahun lalu, telah merekodkan 6.2 juta transaksi dengan nilai RM560 juta setakat ini.

Daripada jumlah itu, pembayaran bil merekodkan transaksi tertinggi dengan 4.2 juta bernilai RM400 juta, diikuti 600,000 transaksi bagi deposit (kira-kira RM91 juta).

Bagi perkhidmatan pengeluaran, EBB merekodkan kira-kira 420,000 transaksi bernilai kira-kira RM66 juta, manakala Sijil Simpanan Presium (SSP) dengan 22,000 transaksi (kira-kira RM1 juta).

Wujud 3 cawangan baru

Sementara itu, Adinan berkata, BSN bercadang mewujudkan sekurang-kurangnya tiga cawangan baru tahun ini di Semenanjung Malaysia.

BSN melabur sehingga RM500,000 bagi membuka setiap cawangan baru dengan lokasinya akan diumumkan kelak, katanya. BSN ketika ini mempunyai 398 cawangan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment