Thursday, May 23, 2013

MDeC Sasar Perolehan Eksport RM3 Bilion Dari Syarikat Berstatus MSC - Exim Bank

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menyasarkan perolehan eksport lebih RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun dari syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia berbanding dengan RM1.5 bilion tahun lepas.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MDeCsasarRM3bilion/Article/index_html
Published: May 23, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130522/ek_11/MDeC-sasar-perolehan-RM3-biion-daripada-syarikat-status-MSC
Published: May 23, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=951438
Published: May 23, 2013


Foto
ADISSADIKIN (dua dari kanan) menukar dokumen persefahaman 
rangka kerja dengan Badlisham di Kuala Lumpur. 

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Badlisham Ghazali berkata sasaran itu boleh dicapai dengan kerjasama Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank).

"Tahun lepas, lebih 200 syarikat Malaysia telah mengeksport produk masing-masing, terutama sekali ke pasaran Asia Tenggara," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum peraturan kerjasama (MOCA) di kalangan EXIM Bank, MDeC dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sini Rabu.

Majlis itu, yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, akan membolehkan CIDB dan MDeC berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan EXIM Bank, yang akan memudahkan para pemain pembinaan dan ICT Malaysia mengadakan usaha sama merentasi sempadan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Datuk Adissadikin Ali berkata kerjasama itu akan menawarkan perniagaan Malaysia peluang mengakses ke seberang laut mendapatkan perkhidmatan pembiayaan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan industri pembinaan dan ICT.

"Kami menjangka 30 peratus daripada pemberian pinjaman keseluruhan sebanyak RM5 bilion untuk diagihkan kepada industri pembinaan," katanya sambil menyatakan di segi purata kurang 1.5 peratus daripada pinjaman keseluruhan diagihkan kepada syarikat ICT.

Tahun lepas, pengagihan pinjaman keseluruhan bank itu ialah RM3.1 bilion, yang meningkat berbanding RM1.2 bilion pada 2011.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata, melalui kerjasama itu, EXIM Bank kini membuka pintunya kepada kontraktor yang berupaya Untuk meneroka peluang antarabangsa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment