Friday, May 3, 2013

SME Bank rancang buka 5 cawangan

Jerlun: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) merancang membuka lima lagi cawangan bank berkenaan di empat negeri menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SMEBankrancangbuka5cawangan/Article/index_html
Published: May 03, 2013

Pengarah Strategik dan Pengurusan Risikonya Mohamad Sabir Mohamad Sabri berkata, lima cawangan itu masing-masing dijangka dibuka di Batu Pahat dan Pasir Gudang, Johor; Sungai Petani, Kedah; Klang, Selangor dan satu lagi lokasi akan dikenal pasti di Pahang.

Menurutnya, pembukaan kelima-lima cawangan itu berdasarkan keperluan bagi memenuhi permintaan masyarakat ingin memulakan perniagaan di lokasi terbabit.

“Misalnya di Sungai Petani, kami sedia maklum kawasan itu semakin membangun dan pertumbuhan industri menyumbang kepada lebih ramai usahawan ingin membuka perniagaan,” katanya selepas majlis sumbangan wang zakat SME Bank kepada komuniti asnaf Jerlun yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, di sini, semalam.

Pada majlis itu, RM20,000 wang zakat disumbangkan SME Bank kepada 100 golongan asnaf dan tidak berkemampuan di Jerlun bagi meringankan beban mereka.

Katanya, pembukaan cawangan SME Bank di lima lokasi itu bukan saja menawarkan kemudahan pinjaman kepada golongan ingin memulakan perniagaan, malah menyediakan skim latihan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment