Sunday, May 26, 2013

Skim pembiayaan peribadi khas untuk jururawat - BSN

KUALA LUMPUR 24 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan skim pembiayaan peribadi tanpa penjamin dengan kadar yang menarik khusus untuk para jururawat di negara bagi menghargai sumbangan mereka.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130525/ek_06/Skim-pembiayaan-peribadi-khas-untuk-jururawat
Published: May 26, 2013


akhsan Zaini menunjukkan poster skim pembiayaan peribadi tanpa penjamin yang dikhaskan untuk jururawat.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Pengedaran BSN, Akhsan Zaini berkata, ia merupakan sebahagian usaha pihaknya menyemarakkan sambutan Hari Jururawat yang disambut bulan ini selain Hari Guru.

Menurutnya, di bawah skim itu, BSN menawarkan kadar pembiayaan serendah 3.85 peratus kepada jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan manakala 6 peratus di sektor swasta.

''Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 untuk tempoh pembiayaan maksimum hingga 20 tahun bagi kakitangan kerajaan manakala kakitangan swasta maksimum sehingga 10 tahun,'' katanya ketika ditemui di ibu pejabat BSN di Jalan Ampang di sini, baru-baru ini

BSN turut menawarkan skim pembiayaan peribadi untuk golongan guru pada kadar pembiayaan sama iaitu pada 3.85 peratus.

Selain itu, katanya, jururawat yang layak memohon pembiayaan perlu berkhidmat selama enam bulan ke atas, berusia antara 21 hingga 60 tahun dan berpendapatan minimum RM2,000 sebulan.

Manakala jururawat swasta, katanya, antara kelayakan diperlukan adalah mesti berjawatan tetap tiga tahun ke atas dan berpendapatan RM2,500 sebulan.

''Paling istimewa di bawah skim pembiayaan ini, pemohon juga tidak perlu mengemukakan penjamin.

''Usaha ini membantu mereka menyatukan bebanan hutang dan sekali gus menjimatkan mereka daripada bayaran kadar pembiayaan yang tinggi sekiranya bebanan hutang dapat disatukan,'' katanya.

Setakat ini, kata Akhsan, pihaknya menerima sambutan menggalakkan termasuk pelanggan berbangsa Cina dan India melalui kempen pembiayaan tersebut biarpun majoriti pelanggan BSN berbangsa Melayu.

Kata beliau, pihaknya berharap golongan jururawat di seluruh negara tidak melepaskan pelung merebut kemudahan yang disediakan ini memandangkan ia terhad sehingga 31 Mei ini sahaja.

Jururawat yang berhasrat memohon pembiayaan ini boleh menghubungi eksekutif jualan BSN atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian 1300-88-1900.

No comments:

Post a Comment