Friday, October 19, 2012

PruBSN Yakin Kekalkan Kedudukan No.1 Dalam Pasaran Takaful Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), yakin kekal pada kedudukan nombor satu dalam pasaran takaful tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=703109
Published: October 19, 2012

Syarikat itu berkata ia terus berkembang, dengan kejayaan menduduki tempat pertama dalam pasaran takaful pada 2011 telah menetapkan kedudukan yang bermakna pada 2012.

Pada separuh kedua 2012, Sumbangan Bersamaan Tahunan (ACE) meningkat 23 peratus tahun ke tahun kepada RM129 juta.

Ini menjadikan bahagian pasaran syarikat itu sebanyak 28 peratus, peningkatan daripada 26.7 peratus dalam tempoh yang sama pada 2011, kata PruBSN menerusi kenyataan bagi mengumumkan pelantikan pelumba profesional, Nabil Jeffri sebagai duta jenamanya.

"Selain menawarkan produk inovatif dengan nilai luar biasa, PruBSN menjayakan misi kami dalam menyokong gaya hidup sihat.

"Persatuan itu juga memperakui tumpuan kami ke atas pembangunan belia selain mengetengahkan kejayaan besar belia Malaysia," katanya.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment