Wednesday, October 31, 2012

Bank Rakyat catat untung RM1.62 bilion

BANK Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi sembilan bulan pertama 2012 sebanyak RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus, kira-kira RM121.8 juta berbanding RM1.50 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. 

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BankRakyatcatatuntungRM1_62bilion/Article/index_html
Published: October 31, 2012

Dalam satu kenyataannya semalam, Bank Rakyat berkata, prestasi baik ini secara keseluruhannya disokong peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan dan selari dengan pertumbuhan pembiayaan dan deposit.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2012, bank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 10.5 peratus atau RM126.0 juta,” katanya.

“Pendapatan kasar meningkat 15.2 peratus atau RM616.4 juta kepada RM4.68 bilion berbanding RM4.06 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. Pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit meningkat sebanyak 8.5 peratus atau RM227.9 juta kepada RM2.92 bilion berbanding RM2.69 bilion pada tempoh yang sama 2011,” katanya. Selain itu, jumlah aset meningkat sebanyak 10.8 peratus atau RM7.74 bilion kepada RM79.50 bilion berbanding RM71.75 bilion.

“Bagi sembilan bulan pertama 2012, bank merekodkan peningkatan baki kasar pembiayaan sebanyak 12 peratus atau RM5.99 bilion kepada RM55.71 bilion berbanding RM49.72 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Bank masih mengekalkan pembiayaan konsumer sebagai fokus utama perniagaan yang menyumbang sebanyak 89.2 peratus daripada keseluruhan pembiayaan Bank Rakyat pada sembilan bulan pertama 2012,” katanya.

No comments:

Post a Comment