Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-smartlink-pelan-takaful-pertama-untuk-anak-belum-lahir-1.92015
Published: October 07, 2012
SEPANG - Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN
SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi
masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.
Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan
berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak
berusia satu hingga 18 tahun.
Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20
minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.
"Aspek lain produk itu ialah kami sudah menjalin usaha sama dengan
organisasi "stem life". Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan," katanya
kepada Bernama pada pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik itu
di sini hari ini.
Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan "Extra Basic" akan
memperoleh perlindungan tambahan yang meliputi manfaat belas kasihan
RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari
melahirkan anak.
"Jika bayi sakit, kami akan menyediakan penjagaan hospital pada kadar
RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih,"
katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh
menambah tanggungan "Baby Care" bagi melanjutkan perlindungan mulai
tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.
"Pelindungan ini tidak mengehadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang
hamil itu berusia sebelum 46 tahun. Pelanggan akan memperoleh wang tunai
RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi,"
katanya.
Azim berkata pembayaran itu bergantung kepada perlindungan yang dipilih
oleh pelanggan, sama ada serendah RM100 sebulan, pembayaran setengah
tahun atau setahun.
Beliau berkata produk itu yang kini boleh didapati di semula cawangan PruBSN, diyakini dapat menarik pasaran.- Bernama
No comments:
Post a Comment