Wednesday, October 31, 2012

Untung Sembilan Bulan Pertama 2012 Bank Rakyat Naik Kepada RM1.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang membanggakan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012, sebanyak RM1.62 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.1 peratus atau RM121.8 juta berbanding RM1.50 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=705411
Published: October 31, 2012

"Prestasi baik ini secara keseluruhannya dicapai berikutan peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan, selari dengan pertumbuhan pembiayaan dan deposit," kata bank itu dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Pada tempoh yang sama, Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus atau RM126.0 juta.

Pendapatan kasar pula meningkat sebanyak 15.2 peratus atau RM616.4 juta kepada RM4.68 bilion berbanding RM4.06 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit pula meningkat sebanyak 8.5 peratus atau RM227.9 juta kepada RM2.92 bilion berbanding RM2.69 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment