Tuesday, October 23, 2012

Mudarabah: Bank Negara keluar piawaian syariah

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah bagi semua institusi kewangan  Islam yang di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mudarabah-bank-negara-keluar-piawaian-syariah-1.97039
Published: October 23, 2012

Bank Negara dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha bank pusat untuk menambah baik rangka kerja Syariah dan pengawalseliaan di Malaysia.

Piawaian ini akan menjadi garis panduan bagi institusi kewangan Islam dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam berasaskan Mudarabah.

Bank Negara berkata piawaian Syariah bagi Mudarabah bertujuan menyediakan suatu piawaian bagi ciri-ciri kontrak Syariah yang diterima pakai dalam urus niaga kewangan Islam.

Piawaian Syariah ini juga menggariskan ciri-ciri mandatori dan ciri-ciri pilihan dalam kontrak Mudarabah tersebut yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan Islam dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam, kata bank pusat itu.

Piawaian Syariah bagi Mudarabah merupakan piawaian kedua yang dikeluarkan dalam siri Piawaian Syariah (dahulunya dikenali sebagai Parameter Syariah).

Piawaian pertama dalam siri Piawaian Syariah ialah Piawaian bagi Murabahah.

Piawaian Syariah bagi Mudarabah ialah ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia, menurut seksyen 59 Akta Bank Negara Malaysia 2009. - Bernama

No comments:

Post a Comment