Tuesday, October 23, 2012

Jualan PruBSN naik 23%

JUMLAH jualan perniagaan baru Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) meningkat 23 peratus kepada RM129 juta dalam separuh pertama tahun ini daripada RM105 juta pada tempoh sama tahun lalu. 

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JualanPruBSNnaik23_/Article/index_html
Published: October 23, 2012

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, prestasi kukuh itu membolehkan syarikat berkenaan mengekalkan kedudukan utamanya di kalangan pengendali takaful di Malaysia. “Sumbangan Setara Tahunan kami RM129 juta pada separuh pertama tahun ini memberi kami bahagian pasaran besar pada 28 peratus, peningkatan daripada 27 peratus yang dicatatkan pada 2011. “Jelas sekali ini tidak akan berlaku tanpa kerja keras dan dedikasi semua pekerja, terutama pasukan jualan kami dengan sokongan perkhidmatan pelanggan dan operasi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Aset diurus PruBSN meningkat 29 peratus kepada RM774.4 juta dalam tempoh itu daripada RM601 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Keputusan baik kami bagi tempoh ini dicapai menerusi prestasi kukuh dan konsisten dalam seluruh platform saluran pelbagai pengedaran kami,” katanya.

Sejak diasaskan enam tahun lalu, PruBSN mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan konsisten, menjadikan ia satu daripada peserta Takaful paling dinamik di negara ini dan mempunyai gabungan jumlah hampir 11,000 Ejen Langsung serta Ejen Prudential Assurance Malaysia Bhd.

Mengenai masa depan pasaran Takaful tempatan, Azim berkata, ia akan mengambil masa bagi industri untuk mengembangkan penembusan pasarannya tetapi oleh kerana orang ramai semakin menyedari mengenai Takaful, permintaan bagi produknya akan meningkat. - Bernama

No comments:

Post a Comment