Friday, October 5, 2012

RM200j rangsang industri halal eksport

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM200jrangsangindustrihalaleksport/Article/index_html

Published: October 05, 2012

DANA Industri Halal berjumlah RM200 juta akan memainkan peranan dalam merangsang pertumbuhan industri halal bagi tujuan pasaran eksport.

SME Bank berkata, ia akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam untuk menyediakan dana itu dan langkah berkenaan juga dijangka dapat mempercepatkan usaha mengantarabangsakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing di arena global.

Mengenai Belanjawan 2013, bank itu berkata, cabaran besar menanti usahawan PKS dalam memastikan pengeluaran produk halal berimpak tinggi. “Ini sekali gus membuka jalan bagi akses kepada pasaran global.

“Walaupun peruntukan dijangka lebih tinggi, dana benih adalah inisiatif baik kerajaan untuk membolehkan negara bersaing dengan negara lain seperti Thailand dalam industri halal dunia dan merintis lagi industri hab halal global,” kata bank itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Sementara itu, Dana Pembiayaan Bumiputera bernilai RM1 bilion akan membantu PKS Bumiputera membiayai pembelian unit syarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan pegangan ekuiti kekal milik Bumiputera. “Ini akan menjadi tugas paling mencabar dalam konteks membina kapasiti dan keupayaan PKS Bumiputera dalam menerajui syarikat ini dan kemudian mencapai penyenaraian di Bursa Malaysia,” katanya.

SME Bank berkata, program latihan dan perundingan profesional berkaitan pembelian, pengurusan dan tadbir urus korporat perlu diadakan bagi merealisasikan matlamat berkenaan termasuk program pasca pembelian yang menumpukan kepada pengukuhan prestasi.

No comments:

Post a Comment