Friday, October 26, 2012

Bank Rakyat Lantik Yusof Abdul Rahman sebagai Pengarah Urusan

 KUALA LUMPUR, 25 Oct (Bernama) -- Bank Rakyat telah melantik Datuk Yusof Abdul Rahman sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Julai 2012.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704880
Published: October 26, 2012

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Bank Rakyat berkata Yusof, 56, menggantikan Datuk Kamaruzaman Che Mat, yang telah bersara pada awal tahun ini.

Sebelum itu, Yusof memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat selama dua tahun di bank itu sebelum memangku jawatan sebagai Pengarah Urusannya.

Beliau memulakan kerjaya di Bank Pembangunan Malaysia Bhd pada 1980 dengan memegang jawatan Pengurus Cawangan, Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Ketua Jabatan Pembangunan Industri dan Ketua Jabatan Pengawasan Kredit sehingga 2000.

Yusof menyertai Bank Rakyat pada 2000 sebagai Ketua Sektor Pembangunan Sumber Manusia dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Sektor Operasi dan Perniagaan Cawangan pada 2004.

Beliau kemudian dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar Produk dan Perkhidmatan Konsumer pada 2006 and seterusnya sebagai Pengurus Besar Perbankan Konsumer pada 2009.

Yusof, yang telah dianugerahi Bintang Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment