Wednesday, October 31, 2012

Bank Rakyat untung RM1.6b

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.62 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121030/ko_01/Bank-Rakyat-untung-RM16b
Published: October 31, 2012



Bank rakyat dalam kenyataannya berkata, peningkatan sebanyak 8.1 peratus atau RM121.8 juta berbanding RM1.50 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

"Prestasi baik ini secara keseluruhannya dicapai berikutan peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan, selari dengan pertumbuhan pembiayaan dan deposit.

"Pada masa yang sama untuk sembilan bulan pertama 2012, bank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.33 bilion berbanding RM1.20 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 10.5 peratus atau RM126.0 juta," kata kenyataan itu.

Sementara itu, pendapatan kasar meningkat sebanyak 15.2 peratus atau RM616.4 juta kepada RM4.68 bilion berbanding RM4.06 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

"Manakala, pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit meningkat sebanyak 8.5 peratus atau RM227.9 juta kepada RM2.92 bilion berbanding RM2.69 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

"Jumlah aset meningkat sebanyak 10.8 peratus atau RM7.74 bilion kepada RM79.50 bilion berbanding RM71.75 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu," ujarnya.

Pada akhir September 2012, pulangan atas aset terus mengukuh pada kadar 2.9 peratus.
"Jumlah deposit Bank Rakyat meningkat sebanyak 9.9 peratus atau RM5.87 bilion kepada RM65.07 bilion pada akhir September 2012, berbanding RM59.20 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, dana pemegang saham meningkat sebanyak 32.1 peratus atau RM2.39 bilion kepada RM9.83 bilion pada akhir September 2012 berbanding RM7.44 bilion pada bulan yang sama tahun lalu hasil sumbangan penambahan untung bersih dan penambahan modal syer berbayar.

"Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) kekal tinggi pada kadar 15.0 peratus manakala Nisbah Modal Teras (CCR) adalah pada kadar 14.8 peratus," kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment