Sunday, October 21, 2012

Tabung Haji dipelawa buka cawangan luar

JEDDAH: Tabung Haji terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa dari segi cara pengendalian serta sistem pengurusan jemaah haji sehingga ada negara luar mempelawa Tabung Haji menubuhkan cawangan di negara mereka.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TabungHajidipelawabukacawanganluar/Article/index_html
Published: October 21, 2012

Malah, cara Tabung Haji mengendalikan jemaah haji dalam jumlah ramai menarik minat penganut agama lain mempelajarinya termasuk pengendali rombongan agama Kristian melawat tempat suci mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Ini bermakna sistem pengurusan Tabung Haji menjadi satu penanda aras kepada masyarakat antarabangsa tanpa mengira anutan agama mereka,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di sini bagi menunaikan ibadah haji.

Jamil Khir dijangka menyampaikan khutbah wukuf kepada jemaah haji Malaysia ketika umat Islam seluruh dunia melaksanakan wukuf di Padang Arafah Khamis ini.

Menurutnya hampir setiap tahun beliau menerima permohonan negara asing untuk belajar kejayaan Malaysia dan Tabung Haji.

“Mereka juga mahu kami menjadi konsultan. Ada juga mencadangkan agar Tabung Haji ditubuhkan di negara mereka,” katanya.

Beliau berkata, setiap tahun kerajaan dan Tabung Haji sentiasa membuat penambahbaikan dan perkara itu kadang-kadang tidak disedari jemaah.

“Tahun lalu, RM100 juta dibelanjakan untuk subsidi haji kerana kos meningkat setiap tahun di mana tambang kekal RM9,980 tapi kos sebenar tambang sudah meningkat sehingga RM15,150 dan ini bermakna kami beri RM5,170 untuk subsidi dan bonus untuk setiap jemaah haji,” katanya.

No comments:

Post a Comment