Friday, October 26, 2012

Yusof terajui Bank Rakyat

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Datuk Yusof Abdul Rahman (gambar) hari ini diumumkan sebagai Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Bhd. (Bank Rakyat) berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121026/ko_01/Yusof-terajui-Bank-Rakyat
Published: October 26, 2012



"Pelantikan ini adalah bagi menggantikan mantan Pengarah Urusan, Datuk Kamaruzaman Che Mat yang telah bersara pada awal tahun ini," kata Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Yusof, 56, yang memangku jawatan Pengarah Urusan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat selama dua tahun.
Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Bank Rakyat yang ke-10 itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Kerjaya beliau bermula di Bank Pembangunan Malaysia Bhd. pada 1980 dengan memegang beberapa jawatan kanan di pelbagai jabatan sehingga 2000.

Yusof menyertai Bank Rakyat pada tahun 2000 sebagai Ketua Sektor Pembangunan Sumber seterusnya dilantik memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik menjadi Pemangku Pengarah Urusan pada 30 April lalu.

Pengumuman tersebut mengakhiri penantian Bank Rakyat mendapatkan Pengarah Urusannya sejak 29 Februari lalu apabila Kamaruzaman mula mengambil cuti.

No comments:

Post a Comment