Sunday, October 21, 2012

Bank Rakyat rangkul anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang

Bank Rakyat

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat, buat kali ketiga, membolot anugerah "Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang", pengiktirafan ke atas kecemerlangan prestasi dalam perbankan konsumer.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-rakyat-rangkul-anugerah-perbankan-runcit-islam-paling-cemerlang-1.96213
Published: October 21, 2012

Anugerah itu disampaikan baru-baru ini di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kesembilan 2012 oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Wira Dr Serigar Irwan Mohd Abdullah kepada Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof Abdul Rahman.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, ia menerima anugerah yang sama pada 2007 dan 2009.

Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.06 bilion, naik 7.7 peratus, bagi setengah tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun 2012 berbanding RM0.98 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment