Wednesday, October 31, 2012

Tabung Haji Sasar Agih RM1.15 Juta Zakat Pendidikan Menjelang Akhir Tahun Ini

MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) menYasarkan agihan zakat pendidikan berjumlah RM1.15 juta kepada 2,300 pelajar miskin dan kurang berkemampuan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=705692
Published: October 31, 2012

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Kamarudin Mat Ali berkata pengagihan zakat di bawah projek pendidikan yang bermula 22 Okt lepas itu bertujuan sebagai motivasi kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran selain meringankan beban perbelanjaan persekolahan mereka.

"Pengagihan zakat pendidikan ini juga tanda keprihatinan dan pemberian semula TH kepada kumpulan berkepentingan untuk pembangunan serta kelestarian masyarakat khususnya komuniti Islam yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM100,000 di Sekolah Menengah Munsyi Abdullah di sini, Selasa.

Seramai 200 pelajar sekolah rendah dan menengah yang miskin dan kurang berkemampuan di seluruh Melaka menerima wang tunai berjumlah RM300 serta peralatan persekolahan bernilai RM200 setiap seorang.

Kamarudin berkata negeri Melaka merupakan negeri kedua penerima sumbangan zakat pendidikan selepas Johor.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment