Wednesday, October 31, 2012

Yusof Pengarah Urusan baru Bank Rakyat

BANK Rakyat melantik Datuk Yusof Abdul Rahman sebagai Pengarah Urusan ke-10 berkuat kuasa 1 Julai lalu, menggantikan bekas Pengarah Urusan, Datuk Kamaruzaman Che Mat yang bersara, awal tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/yusof-pengarah-urusan-baru-bank-rakyat-1.98831
Published: October 31, 2012

Datuk Yusof Abdul Rahman

Datuk Yusof adalah memangku jawatan Pengarah Urusan juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat, selama dua tahun.  Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM).

Kariernya bermula di Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 1980 dengan memegang beberapa jawatan kanan pelbagai jabatan sehingga 2000 antaranya Pengurus Cawangan, Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Ketua Jabatan Pembangunan Industri dan Ketua Jabatan Pengawasan Kredit.

Beliau menyertai Bank Rakyat pada 2000 sebagai Ketua Sektor Pembangunan Sumber Manusia dan seterusnya jawatan sebagai Ketua Sektor Operasi dan Perniagaan Cawangan pada tahun 2004.

Kemudian dilantik Penolong Pengurus Besar, Produk dan Perkhidmatan Konsumer pada 2006 dan sebagai Pengurus Besar, Perbankan Konsumer pada 2007 dan Pengurus Besar, Perbankan Komersial pada 2009.

Beliau dianugerah Bintang Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), Pulau Pinang dan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

No comments:

Post a Comment