Sunday, March 24, 2013

Kena tunggu 15 tahun tunai haji - Singapura

Singapura: Jemaah di republik ini yang masih belum mendaftar untuk mengerjakan haji kini terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 15 tahun lagi sehingga selepas 2027 sebelum dapat menunaikannya. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenatunggu15tahuntunaihaji/Article
Published: March 24, 2013

Bagi yang sudah mendaftar, ada antaranya terpaksa menunggu sehingga 14 tahun sehingga 2027.
Perkara ini dinyatakan Setiausaha Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Abdul Razak Maricar, kelmarin dalam satu taklimat media berhubung butiran sistem pendaftaran baru haji.

Beliau berkata tempoh menunggu itu dikira berdasarkan kuota 680 jemaah haji setahun yang diperuntukkan kepada Singapura dan jumlah 9,199 orang yang telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji.

Katanya, tempoh menunggu lama itu dialami umat Islam di semua negara, yang ada sistem tersendiri. - AGENSI

No comments:

Post a Comment