KOTA BHARU 3 Mac - SME Bank hari ini merasmikan pembukaan Pusat Enterpris Kota Bharu (KB) di sini bernilai RM3.5 juta dalam usaha memberikan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada usahawan dan bakal usahawan di negeri ini.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130303/ek_01/Pusat-Enterpris-Kota-Bharu--bernilai-RM35-juta-dibuka
Published: March 04, 2013
Source from (Harian Metro): http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/CawanganbaruRM3_5j/Article/index_html
Published: March 06, 2013
Pembukaan cawangan ke -25 bank itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mustapa berkata, pembukaan pusat tersebut menunjukkan komitkan tinggi SME Bank dalam membantu usahawan kecil dan sederhana di negeri ini.
Beliau berkata, setakat ini seramai 449 usahawan di negeri ini sudah dibantu oleh bank berkenaan membabitkan pembiayaan sebanyak RM106 juta.
"Angka itu boleh ditingkatkan lagi kerana ramai usahawan di Kelantan yang memerlukan pembiayaan. Kita ada saluran lain, tetapi usahawan kecil dan sedarhana biasanya mereka lebih selesa dengan SME Bank kerana SME Bank lebih memahami," katanya di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment