Sunday, March 17, 2013

Bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat meninggal dunia di Hospital KPJ Selangor, Shah Alam pagi tadi akibat masalah buah pinggang.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-pengarah-urusan-bank-rakyat-meninggal-dunia-1.140173
Published: March 17, 2013

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat bank berkenaan memberitahu Bernama, Kamaruzaman, 59, mengadu mengalami masalah pernafasan lewat malam tadi sebelum meninggal pada 1.45 pagi.

Allahyarham menerima rawatan buah pinggang di hospital itu sejak akhir bulan lepas.

Jenazah dibawa ke kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam sebelum disembahyang di Surau Al-Hidayah pada pukul 11.30 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada tengah hari.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Salmah Mahali, 54, dan tiga orang anak lelaki.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Profesor Adjung, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment