Tuesday, March 26, 2013

Felda, BSN tandatangan MoU

KUANTAN 25 Mac - Felda menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam memperkenalkan perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) di tanah rancangan agensi itu di seluruh negara.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130326/ek_06/Felda-BSN-tandatangan-MoU
Published: March 26, 2013

Menurut kenyataan Felda di sini hari ini, majlis MoU itu diadakan di tanah rancangan Felda Mempaga 2, Bentong semalam yang disaksikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Yang turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Kata kenyataan itu, perkhidmatan EBB BSN akan membolehkan warga peneroka serta penduduk berdekatan dengan tanah rancangan melakukan transaksi perbankan asas tanpa perlu ke bank.

"Perkhidmatan itu akan beroperasi dengan melantik peneroka Felda yang memiliki perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan.

"Langkah itu juga akan dilaksanakan di premis perniagaan milik Felda Trading Sdn. Bhd., yang dikenali sebagai D'Mart," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, sebanyak 4,554,913 transaksi dengan nilai lebih RM405.85 juta dicatatkan sehingga 19 Mac lalu sejak perkhidmatan EBB dilaksanakan pada Januari tahun lalu.

Tambahnya, sehingga kini BSN mempunyai 3,593 ejen EBB di seluruh negara dan yakin akan meningkat kepada 5,000 ejen berdaftar menjelang 2015.

"Antara perkhidmatan ditawarkan ialah pengeluaran, deposit, pembayaran bil, pembelian Sijil Simpanan Premium dan pembayaran tanpa tunai melalui mana-mana ejen yang berdaftar," kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment