Monday, March 4, 2013

SME Bank telah lulus pembiayaan RM18.6 b sejak 2005

KOTA BHARU 3 Mac - SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM18.16 bilion membabitkan seramai 10,582 pemohon bagi tempoh sejak 2005 hingga Januari lalu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130303/ek_02/SME-Bank-telah-lulus-pembiayaan-RM186-b-sejak--2005
Published: March 04, 2013

Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain berkata, bagi tempoh Januari lalu sahaja, bank berkenaan telah meluluskan sebanyak 152 permohonan berjumlah RM120.8 juta.

Beliau berkata, bagi Wilayah Timur, SME Bank yang diwakili tiga Pusat Enterprisnya di Kuala Terengganu, Kuantan dan Kota Bharu, telah meluluskan pembiayaan sejumlah RM31.3 juta kepada 30 pemohon.

"Manakala Pusat Enterpris Kota Bharu pula, sejak awal penubuhan SME Bank hingga Januari lalu, sebanyak RM456.7 juta pembiayaan kepada 514 pemohon telah diluluskan.

"Pada bulan Januari lalu sahaja, Pusat Enterpris Kota Bharu telah meluluskan 10 permohonan berjumlah RM2.7 juta," katanya berucap pada majlis perasmian Pusat Enterpris Kota Bharu bank berkenaan di Jalan Kebun Sultan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment