Wednesday, March 20, 2013

Kerajaan komited pastikan pembangunan bumiputera setara di negara ini (SME Bank)

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan terus komited untuk memastikan pembangunan Bumiputera adalah setara berbanding dengan kumpulan lain di negara ini. Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri menyatakan, Inisiatif Pembaruan Strategik (SRI) Merapatkan Jurang Ketaksamaan telah diperkenalkan untuk menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-komited-pastikan-pembangunan-bumiputera-setara-di-negara-ini/
Published: March 20, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=935694
Published: March 20, 2013

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri menyatakan, Inisiatif Pembaruan Strategik (SRI) Merapatkan Jurang Ketaksamaan telah diperkenalkan untuk menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera.

Dasar itu mencadangkan supaya program transformasi Bumiputera seharusnya mesra pasaran dan telus serta diberikan atas asas keperluan dan merit, kata Pemandu dalam laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 yang diumumkan Selasa.

Pemandu merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menyelia perlaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan ETP dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Menurut laporan itu, pada 2010, pemilikan modal saham Bumiputera (pada nilai tara) dalam syarikat berhad kekal pada 23 peratus, masih kekurangan 30 peratus sasaran pemilikan ekuiti korporat yang ditetapkan pada peringkat makro.

Kebimbingan itu dibesarkan lagi oleh hakikat bahawa isi rumah Bumiputera membentuk 65 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia, dan mewakili bahagian yang lebih besar isi rumah berpendapatan rendah di negara ini.

Oleh itu, SRI yang diterajui oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), penyelaras utama dalam memacu ETP Bumiputera, akan memudahkan syarikat-syarikat Bumiputera untuk berkembang dan membangunkan kapasiti dan meningkatkan daya asing dan mengurangkan pergantungan mereka kepada Kerajaan bagi perolehan kontrak.

Teraju telah memperkenalkan Program Teras (Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi) yang menjurus ke arah meningkatkan peryertaan Bumiputera dalam ekonomi, kata laporan itu.

Program Teras itu, bagi mengenal pasti 1,100 syarikat Bumiputera yang berpotensi dan membantu mereka berkembang di luar pasaran Malaysia, menyediakan dana untuk syarikat dan projek Bumiputera melalui Dana Mudahcara Bumiputera bernilai RM2 bilion, Dana Teras bernilai RM1.02 bilion dan memasarkan syarikat Teras ke peringkat global.

Menurut laporan itu, tiga tahun yang lalu, 300 syarikat Teras Bumiputera mencatatkan pertumbuhan perolehan 17 peratus setahun.

Selain itu, Teraju juga menguruskan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB), satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan pada 2007, menyediakan sokongan "peringkat terakhir" kepada syarikat Bumiputera yang layak untuk penyenaraian di Bursa Malaysia.

Di bawah inisiatif SJJB, Teraju telah membantu beberapa syarikat penyeraian di Bursa Malaysia termasuk, Datasonic Group Bhd, Prestariang Bhd, Century Software Holdings Bhd dan Handal Resources Bhd.

Pemandu berkata, SRI akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan syarikat Bumiputera yang layak dengan akses kepada pembiayaan untuk membiayai pertumbuhan masa depan mereka.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment