Wednesday, March 13, 2013

Jenama Malaysia peringkat global (Exim Bank)

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan bilangan francaisor tempatan menerokai pasaran luar negara meningkat antara 10 hingga 15 peratus tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JenamaMalaysiaperingkatglobal/Article/index_html
Published: March 13, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130313/ko_03/lFrancaisor-tempatan-ke-luar-negara
Published: March 13, 2013

Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sasaran itu dibuat selepas melihat francaisor tempatan yang semakin berkembang dan berjaya membawa jenama Malaysia ke peringkat global.

Katanya, setakat ini terdapat 47 francaisor tempatan di lebih 50 negara seluruh dunia dengan 1,424 premis dan tahun lalu sektor francais menyumbang sebanyak RM24.3 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Industri francais menjadi antara sektor semakin berkembang di Malaysia dan ia bukan saja menyediakan sumber pendapatan kepada usahawan (francaisi) dengan modal yang lebih kecil dan risiko rendah, tetapi menawarkan latihan keusahawanan dibimbing francaisor.

“Kami melihat perkembangan positif ini sebagai petunjuk baik kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh dan secara strategiknya mewujudkan persekitaran baik,” katanya pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Export-Import Bank of Malaysia (Exim Bank) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank, Datuk Adissadikin Ali dan Pengerusi MFA, Abdul Malik Abdullah. Rohani berkata, antara 10 francaisor tempatan menembusi pasaran luar negara adalah Nelson (675 premis), Daily Fresh (481 premis), Secret Recipe (25 premis), England Optical (21 premis), Old Town White Coffee Kopitiam (21 premis), Marry Brown (20 premis), Smart Reader (15 premis), Royal Selangor (14 premis), Reliance (13 premis) dan World Of FengShui (17 premis).

Foto 
ROHANI (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen dilakukan 
antara Adissadikin (kiri) dan Abdul Malik.
Beliau berkata, tahun ini juga pihaknya akan ke China, Paris dan Indonesia serta seluruh ASEAN untuk melihat pasaran berpotensi terutama dalam sektor perkhidmatan serta makanan dan minuman.

Sementara itu, Adissadikin berkata, Exim Bank akan menyediakan pembiayaan, peralatan pengurusan risiko dan nasihat kepada syarikat tempatan beroperasi dan melabur di luar negara. Malah, peruntukan dana sudah dibuat menerusi Kemudahan Pembiayaan MalaysiaKitchen.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM180 juta kepada Exim Bank untuk mengurus dana bagi tujuan penubuhan atau meluaskan restoran Malaysia di luar negara dan pihaknya menyalurkan RM20 juta bagi membangunkan lima restoran di luar negara.

“Baki RM160 juta lagi akan disalurkan kepada mereka yang layak untuk menjalankan perniagaan francais ke peringkat antarabangsa dan menerusi kerjasama dengan MFA, kami berharap pemegang francais dapat merebut peluang ini menggerakkan perniagaan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment