Thursday, March 14, 2013

Bank Rakyat Umum Pengarah Urusan Baru 1 April

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat akan mengumumkan Pengarah Urusannya yang baharu 1 April ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130314/ko_03/Bank-Rakyat-umum-bos-baharu-1-April
Published: March 13, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=934287
Published: March 14, 2013

"Dasar kita memang akan menaikkan (pangkat) orang dari dalam (Bank Rakyat). Seperti yang sentiasa saya beritahu, walaupun lembaga pengarah berkuasa untuk mencadangkan, namun masih lagi ada pihak lain seperti Bank Negara untuk meneliti nama-nama yang dihantar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan bank itu Rabu.

Bank Rakyat baru-baru ini mengumumkan persaraan Datuk Yusof Abdul Rahman berkuat kuasa 1 April, 2013.

Yusof mula bercuti pada 1 Mac.

Datuk Mustafha Abdul Razak, Pengurus Besar Kanan Operasi Perbankan, kini menjalankan tugas sehingga lantikan Pengarah Urusan baharu dibuat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment