TH Properties (THP) anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji, pemaju bagi projek pembangunan Bandar Enstek kini berada pada tahap lebih 50 peratus siap daripada keseluruhan projek berkeluasan 5,119 ekar yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130316/ko_04/TH-Properties-sasar-jualan-RM546-juta
Published: March 17, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=934685
Published: March 17, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Projekrancak/Article/index_html
Published: March 24, 2013
Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualannya Mohd Adlee Yusof berkata, pihaknya kini giat membangunkan beberapa projek pembangunan kediaman dan institusi yang menjadi sebahagian besar daripada semua projek dijalankan.
“Pembangunan di Bandar Enstek dibahagikan empat bahagian dengan bahagian paling besar untuk projek institusi merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat latihan dan kolej antarabangsa seperti Epsom International College dan Cempaka International Ladies College,” katanya. ketika ditemui Bisnes Metro, kelmarin.
Menurutnya, nilai pembangunan kasar (gdv) bagi keseluruhan pembangunan Bandar Enstek mencecah RM9.2 bilion dan pihaknya terus melancarkan projek terbaru merangkumi unit komersial dan kediaman.
“Ketika mula dibangunkan sekitar tahun 2000, kami memulakan pembangunan di sini dengan projek kediaman ketika itu dijual pada harga RM138,000 bagi kediaman jenis dua tingkat iaitu projek Persada Damai.
“Berikutan pembangunan lebih rancak di sini dengan pertambahan sistem rangkaian jalan raya, maka kediaman jenis sama kini ditawarkan pada harga mencecah melebihi RM450,000,” katanya.
Menurutnya, pihaknya yakin nilai hartanah di Bandar Enstek akan terus meningkat dengan bermulanya operasi beberapa institusi.
“Antara institusi pengajian yang telah beroperasi di sini termasuk Politeknik Nilai dan Kolej Tunku Kursiah (TKC).
“Kami juga menjangkakan lebih banyak institusi akan beroperasi tidak lama lagi seperti Institut Aminuddin Baki dan Epsom International College,” katanya.
Mohd Adlee berkata, setakat ini, populasi di Bandar Enstek dianggarkan melebihi 10,000 orang dengan 2,200 unit rumah didiami dan selepas semua institusi beroperasi sepenuhnya, jumlah populasi dijangka meningkat lebih agresif.
No comments:
Post a Comment